Covid-19: Cukup Bersediakan Kita?

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Pandemik Covid-19 memberi kita peluang untuk kita muhasabah balik diri kita sendiri samada adakah kita cukup bersedia atau tidak dengan risiko baharu yang tidak terkawal dalam hidup kita sekarang ini.

Sesiapa sahaja terdedah dengan risiko dan bahaya Covid-19 ini, tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Vaksin juga masih belum memberi perlindungan 100% yang kita perlukan dan hanya boleh mengurangkan risiko yang sedia ada.

Di sini ingin saya ketengahkan 3 aspek persediaan yang perlu diutamakan sesuai dengan servis yang saya tawarkan di website saya ini; iaitu legacy planning, perlindungan kewangan dan kesihatan, simpanan dan pelaburan wang.

1- Legacy Planning

  • Ini berkaitan dengan jawapan kepada soalan “Apa jadi kalau saya meninggal dunia?”. Apa jadi kepada suami, isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara mara saya yang saya tinggalkan? Apa jadi kepada duit harta, syarikat, saham dan juga hutang-hutang yang saya tinggalkan? Apa jadi kepada sedekah, waqaf dan infaq saya?
  • Di sini datangnya instrument seperti dokumentasi wasiat, hibah, harta sepencarian dan perlantikan penjagaan anak memainkan peranan penting supaya segalanya terancang, teratur dan terbela seperti yang kita mahukan semasa kita masih hidup lagi. Dah tak payah pening kepala dan risau kepada diri sendiri dan orang yang kita tinggalkan.
  • Dalam masa yang sama, instrument kewangan seperti takaful hayat dan hibah takaful penting untuk memastikan intrument dokumentasi diatas berjalan dengan selamat tanpa apa-apa masalah. 

Perlindungan Kesihatan Dan Kewangan

  • Virus Covid-19 mendedahkan kita kepada pelbagai risiko simtom dan penyakit yang masih belum 100% dikenalpasti. Malah vaksin yang dicucuk kepada kita pun mempunyai potensi kesan sampingan yang pelbagai.
  • Soalannya adakah kita mempunyai duit yang mencukupi untuk menampung kos perubatan sekiranya kita ditimpa sakit? Dan sekiranya kita sakit kemudian hilang kerja atau punca pendapatan adakah kita mempunyai duit yang cukup untuk meneruskan hidup?
  • Walaupun masih ada hospital kerajaan, bukan semua kes perubatan ditanggung hospital kerajaan 100%. Lagi-lagi dengan lambakan kes Covid-19 di hospital kerajaan, penting untuk kita untuk ada perancangan untuk pergi ke hospital swasta sekiranya terpaksa.
  • Dalam masa yang sama, bagus juga kalau ada program yang boleh beri rewards dan bonus kalau kita dapat terus kekal sihat dan cergas. Aktiviti sihat yang kita buat seperti berjogging, berbasikal dan bersenam tidak sekadar dapat peluh tapi dapat juga kita tukar kepada points dan hadiah.

Simpanan Dan Pelaburan Wang

  • Tidak lengkap juga kalau kita tidak fikirkan sekali tentang macam mana nak simpan dan laburkan duit yang kita ada dengan baik dan bijak. Sekadar simpan di Tabung Haji dan ASB atau laburkan di Trust Fund mungkin masih belum mencukupi.
  • Bermula dengan niat dan matlamat menyimpan dan melabur, mungkin saya boleh syorkan sekali produk dan instrument yang saya ada yang boleh memberikan pulangan sehingga 10% ke 20% setahun. Kalau berdisiplin dalam menyimpan akan ada bonus sehingga 200%.
  • Simpan dalam bank banyak sangat pun tidak guna jugak kerana insflasi. Yang baik biasanya dari 6 bulan sehingga 12 bulan gaji atau pendapatan bulanan sebenarnya sudah mencukupi.
  • Ini juga masa untuk kita gerak gerak kan duit kita dan tidak biar statik di satu tempat sahaja. Dengan ekonomi yang tidak tentu, tempat yang kita simpan dan labur duit kita sebelum ini mungkin bagus, tapi selepas ini masih belum pasti akan terus bagus. Kalau ada banyak tempat kita simpan dan labur boleh balance kan risiko dia nanti.?

Kami Sedia Membantu

Apa yang menariknya hidup ini, kita tak tahu bila giliran kita sakit atau meninggal dunia. Mungkin ini adalah hidayah untuk kita supaya tidak berlengah untuk bertindak dengan segera.

Saya bersedia memberi penerangan dan solution untuk masalah berkaitan 3 perkara diatas secara percuma. Di zaman Covid ini boleh sahaja kita berurusan secara online menggunakan video call Whatsapp atau Google Meet.

Hubungi Kami
OR

Get Your First Consultation FREE!