Servis: Dokumentasi Deklarasi Hibah

Servis:/ Dokumentasi deklarasi hibah

Soalan-soalan Lazim

Apa itu Hibah?

  • Hibah adalah hadiah yang diberikan kepada seseorang sewaktu masih hidup tanpa mengharapkan sebarang balasan.
  • Dokumen deklarasi hibah boleh dibuat untuk sebarang harta seperti hibah rumah, hibah tanah, hibah saham, hibah kenderaan, hibah duit simpanan di dalam bank. Pendek kata harta yang bergeran dan sebaiknya harta yang sudah selesai hutang dengan bank.
  • Dengan cara ini harta dapat dipindah milik (tukar nama) sekiranya berlaku kematian tanpa melalui proses pembahagian harta mengikut faraid. Harta yang di-hibahkan adalah terkeluar dari harta yang dikenakan faraid.
  • Untuk menguatkan lagi dokumen hibah ini, ia akan disahkan di mahkamah syariah sewaktu masih hidup agar tiada keraguan yang wujud di kemudian hari.

Servis Ini Sesuai Untuk Siapa?

  • Empunya harta yang mempunyai anak perempuan sahaja.
  • Empunya harta yang mempunya yang mempunyai anak angkat.
  • Empunya harta yang berpoligami; mempunya isteri lebih dari seorang.
  • Empunya harta yang sudah membahagi-bahagikan harta tapi hanya melalui mulut (lisan) sahaja dan belum mendokumentasikannya lagi.
  • Empunya harta yang berniat untuk berhibah tapi masih belum mendokumentasikannya lagi.

Kenapa Hendak Hibah?

  • Supaya harta tertentu dapat diwarisi oleh waris atau individu tertentu, seperti yang dikehendaki oleh empunya harta.
  • Supaya tidak berlaku pergaduhan perebutan harta selepas berlakunya kematian empunya harta. Dokumentasi deklarasi hibah yang lengkap boleh digunakan secara sah di mahkamah sekiranya dicabar oleh mana-mana pihak.
  • Keputusan dan ketentuan untuk meng-hibahkan harta adalah ketika empunya harta masih hidup. Sudah pasti persetujuan telah dicapai ketika menentukan hibah ini.
  • Walaubagaimanapun perlu diingatkan terdapat kos tertentu seperti stem duti dan cukai ketika perlaksanaan hibah ini kelak (ketika hendak pindah milik dan tukar nama selepas empunya harta meninggal).

Perlukan Bantuan?
Saya Sedia Membantu.

Penyediaan dokumen deklarasi hibah perlu mengikut cara yang betul agar ia dapat digunakan tanpa sebarang masalah kelak. Kami menyediakan servis dokumentasi ini melalui syarikat RHB TRUSTEE BERHAD. Ini termasuk dengan servis penyimpanan.

Urus pusaka rumit, leceh, makan masa bertahun dan memerlukan kos yang tinggi. Rancang dari sekarang, bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk ibu bapa kita sekiranya masih hidup. Harta berkat hati pun tenang.