Servis:/ Dokumentasi Harta Sepencarian

Soalan-soalan Lazim

Apa itu Harta Sepencarian?

  • Harta sepencarian adalah harta yang dikumpul dalam tempoh perkahwinan sepasang suami isteri.
  • Masalah berkaitan harta sepencarian ini biasanya timbul jika berlaku penceraian ataupun kematian salah satu pihak, biasanya suami sebagai sumber utama pencari harta.
  • Namun begitu, tuntutan harta sepencarian ini sangat rumit jika tiada dokumen yang dibuat sewaktu masih hidup kerana ia perlu dibuktikan dengan dokumen.
  • Mertua dan ipar duai yang disangka baik dan memahami juga tidak mustahil akan berubah fikiran dan bertukar hati sekiranya berlaku penceraian atau selepas pasangan meninggal dunia.
  • Tuntutan ini perlu dibuat di mahkamah syariah dan biacara pusaka akan dibuat pejabat pusaka kecil ataupun di mahkamah tinggi.
  • Deklarasi harta sepencarian ini boleh dibuat tidak lebih 50% dari jumlah harta yang ada.

Servis Ini Sesuai Untuk Siapa?

  • Pasangan yang hanya suami (atau isteri) sahaja yang bekerja.
  • Suami yang berpoligami.
  • Isteri yang mempunya suami yang berpoligami.

Kenapa Hendak Mendokumentasikan Harta Sepencarian?

  • Sebagai bukti bertulis bahawa harta dicari bersama dalam tempoh perkahwinan. Dokumentasi ini boleh dibawa ke mahkamah sekiranya dicabar oleh mana-mana pihak.
  • Walaupun hanya suami (atau isteri) seorang yang keluar bekerja mencari harta, tapi logiknya isteri (atau suami) turut berkerja dirumah dengan menguruskan makan, pakai pasangan dan anak-anak.
  • Mendokumentasi harta sepencarian ini bukan bermaksud pasangan ingin bercerai. Ini adalah langkah bijak untuk memastikan hak pasangan sentiasa terbela sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
  • Juga sebagai tanda kasih sayang di antara suami isteri yang mengiya kan hak pasangan masing-masing.

Contoh kes Mahkamah berkaitan Harta sepencarian

  • Contoh kes dibawah adalah sebagai iktibar untuk kita berkaitan harta sepencarian ini. Ada keputusan yang berpihak kepada suami ada juga yang berpihak kepada isteri. Perlu diingatkan tempoh prosiding di mahkamah mengambil masa yang lama dan kos untuk menguruskan hal sebegini adalah tinggi.
  • Kes 1: Kes isteri anak 12 menuntut harta sepencarian ke atas bekas suami yang dikatakan malas bekerja. Antara harta yang dituntut adalah seperti tanah-tanah Felda dan rumah. Klik untuk baca lebih lanjut.
  • Kes 2: Kes suami isteri bercerai selepas 28 tahun berkahwin dan mendapat 5 anak. Isteri tidak berkerja dan menuntut rumah dan harta seisinya sebagai harta sepencarian. Klik untuk baca lebih lanjut.
  • Kes 3: Kes isteri meninggal dunia, suami kahwin lain. Suami berniat untuk menamakan rumah kepada isteri baru dihalang oleh anak-anak dan juga saudara rapat arwah isteri. Mereka ini menuntut supaya rumah tersebut dan harta berkaitan diisytihar sebagai harta sepencarian seterusnya dibahagikan mengikut faraid. Klik untuk baca lebih lanjut.

Perlukan Bantuan?
Saya Sedia Membantu.

Penyediaan dokumen harta sepencarian perlu mengikut cara yang betul agar ia dapat digunakan tanpa sebarang masalah kelak. Kami menyediakan servis dokumentasi ini melalui syarikat RHB TRUSTEE BERHAD. Ini termasuk dengan servis penyimpanan.

Urus pusaka rumit, leceh, makan masa bertahun dan memerlukan kos yang tinggi. Rancang dari sekarang, bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk ibu bapa kita sekiranya masih hidup. Harta berkat hati pun tenang.