Servis: Dokumentasi Perlantikan Penjaga Anak Bawah Umur atau OKU

Servis:/ Dokumentasi Perlantikan Penjaga Anak Bawah Umur atau OKU

Soalan-soalan Lazim

Kenapa Penting Lantik Penjaga Anak?

  • Permasalahan yang biasa berlaku adalah jika arwah meninggalkan anak yang masih bawah umur iaitu di bawah umur 18 tahun atau anak yang kurang upaya dan istimewa. Mereka dianggap masih belum boleh membuat keputusan dan tidak mampu menjaga kebajikan diri sendiri lagi dari segi undang-undang.
  • Bagaimana untuk memastikan anak ini menerima bahagian pusaka mereka terutamanya wang untuk mereka teruskan hidup. Andai kata suami meninggal, belum tentu lagi isteri akan menjadi penjaga yang sah secara automatik.
  • Ada kemungkinan, ada juga diantara kita yang mahukan individu tertentu untuk menjaga anak kita sekiranya kita meninggal kelak.
  • Masalah yang paling rumit adalah jika berlaku kematian serentak ayah dan ibu. Kita perlu pastikan anak mempunyai tempat tinggal, penjaga dan wang yang mencukupi untuk mereka teruskan kehidupan walaupun ketiadaan kita.
  • Dengan merancang dan melantik penjaga anak semasa masih hidup lagi, akan mengurangkan risiko daripada kebajikan anak terabai dan memastikan kebajikan anak sentiasa terjaga dan terjamin.

Servis Ini Sesuai Untuk Siapa?

  • Pasangan suami isteri yang mempunyai anak bawah umur atau anak OKU (kurang upaya, down sindrom dan sebagainya).
  • Pasangan suami isteri yang mempunya anak angkat.
  • Suami atau isteri yang mahukan anak dijaga oleh individu tertentu selain pasangan sendiri sekiranya berlaku kematian.

Perlukan Bantuan?
Saya Sedia Membantu.

Penyediaan dokumen perlantikan penjaga anak bawah umur atau OKU ini perlu mengikut cara yang betul agar ia dapat digunakan tanpa sebarang masalah kelak. Kami menyediakan servis dokumentasi ini melalui syarikat RHB TRUSTEE BERHAD. Ini termasuk dengan servis penyimpanan.

Urus pusaka rumit, leceh, makan masa bertahun dan memerlukan kos yang tinggi. Rancang dari sekarang, bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk ibu bapa kita sekiranya masih hidup. Harta berkat hati pun tenang.