Servis: Dokumentasi Wasiat

Servis:/ Dokumentasi Wasiat

Soalan-soalan Lazim

Apa itu wasiat dan hukum berkaitan?

Wasiat ertinya “iqrar” seseorang yang dibuat pada ketika hidup terhadap hartanya untuk dilaksanakan selepas kematian berdasarkan hukum syarak dan undang-undang. Meninggalkan wasiat dengan Ma’ruf adalah wajib &dan tanda taqwa sesuai dengan ayat Al-Baqarah (2:180) dan hadis Nabi SAW. Di Malaysia, ‘Uruf Pengurusan Pusaka tertakluk kepada gabungan Undang-Undang Sivil (Akta Probet) dan Undang-Undang Syariah (Sistem Faraid). Gabungan kedua ini adalah penting dan bertujuan untuk memastikan bahawa tiada waris yang ditipu, ditindas atau diambil kesempatan oleh waris lain.

Walaubagaimanapun, gabungan ini menjadikan proses urus pusaka di Malaysia menjadi rumit dah leceh. Kesan utamanya, nilai aset Umat Islam yang tidak selesai diurus dan kekal beku meningkat tiap tahun daripada RM 40 Bilion (direkod pada 2009) hingga menjadi RM 60 Bilion (direkod pada 2013). Sekarang ini, jumlah itu dianggarkan telah meningkat menjadi RM 80 Bilion (2020). Punca utama ini berlaku adalah disebabkan kebanyakan umat Islam tidak meninggalkan sebarang dokumen pewarisan untuk waris mereka.

Ataupun, jika ada sekalipun, dokumen pewarisan mereka itu tidak sah di sisi gabungan undang-undang tersebut. Dokumen pewarisan yang betul akan melancarkan dan memudahkan proses urus pusaka.

Apa kepentingan wasiat?

Antara tujuan utama kepentingan buat wasiat adalah untuk melantik pentadbir harta selepas meninggal dunia ataupun disebut sebagai Wasi. Wasi boleh dilantik dari kalangan waris sendiri, kawan, individu tertentu atau badan syarikat amanah. Secara tidak lansung Wasi ini boleh menguruskan segala hutang piutang yang ada. Dalam masa yang sama boleh kita lantik penjaga anak sekiranya masih ada anak yang bawah umur 18 tahun.

Selepas meninggal dunia, suami, isteri atau anak yang kita tinggalkan tidak akan secara automatik menjadi pengurus harta kita dan menjadi penjaga anak-anak kita melainkan ada dokumen yang mengesahkannya. Di situlah surat wasiat atau dokumen wasiat akan memainkan peranan. Faraid adalah cuma cara membahagi harta pusaka dan tidak termasuk dalam wasiat.

Apa itu wasiat yang baik?

Wasiat yang baik ialah wasiat yang isi kandungannya baik dan cara dokumentasinya adalah menepati undang-undang Malaysia berkaitan pewarisan harta pusaka. Ini penting sekiranya wasiat itu dicabar dan dibawa ke mahkamah, wasiat tersebut boleh dipertahankan dan boleh dilaksanakan dengan mudah tanpa banyak masalah. Selain itu perlukan difikirkan sekali tentang penyimpanan wasiat ini dan bagaimana untuk melantik Wasi tadi, lebih-lebih lagi sekiranya mempunya harta lebih dari RM2 juta.

Menulis wasiat, menyimpan wasiat dan melantik Wasi memerlukan kos yang tersendiri bergantung kepada servis yang dipilih. Walaubagaimana pun kos yang akan dikeluarkan adalah jauh lebih murah berbanding dengan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh waris kita nanti sekiranya tiada wasiat langsung ditinggalkan.


Perlukan Bantuan?
Saya Sedia Membantu.

Penyediaan dokumen wasiat perlu mengikut cara yang betul agar ia dapat digunakan kelak. Kami menyediakan servis dokumentasi wasiat ini melalui syarikat RHB TRUSTEE BERHAD. Ini termasuk dengan servis penyimpanan wasiat dan perlantikan Wasi. Wasiat 1/3 dari jumlah harta yang ada boleh diberikan kepada bukan waris ataupun untuk tujuan sedekah. Wasiat juga sangat penting dalam pengurusan harta yang lebih dari 2 Juta kerana ia dapat mempercepatkan proses pentadbiran.

Urus pusaka rumit, leceh, makan masa bertahun dan memerlukan kos yang tinggi. Rancang dari sekarang, bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk ibu bapa kita sekiranya masih hidup. Harta berkat hati pun tenang.